Saturday, March 19, 2011

air mata ulama

Datang seorang remaja Palestin yang belajar di Malaysia bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berkata..*terjemahannya~
peringatan untuk yang lupa

"Ya Sheikh, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil"

Sampai pada ayat tersebut..Tuan Guru meminta remaja tersebut berhenti sambil mengambil tisu..menyeka air matanya yang mengalir...

Ingatlah bahawa seorang ulama boleh menangis apabila ditegur oleh seorang remaja..bagaimana pula dengan kita??

Janganlah kita pandang pada sudut luaran orang memberi teguran..pandanglah pada isi tegurannya...

Dont judge a book by its cover

Kepada mereka yang menerima teguran..Terimalah dengan hati yang terbuka..
Kepada mereka yang lihat seseorang melakukan kemungkaran..Tegurlah..Sesungguhnya Allah telah berfirman:

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran..
(Surah al-Asr:2-3).

Fikir-fikirkan..:)

2 comments: