Sunday, March 6, 2011

HIV??? benarkah??






Ingat lagi ketika aku tingkatan 2...
21 Julai 2006, Pukul 17oo;

"Mal..macam x bermaya je aku tengok ko ni...muka pucat...badan keding macam kena HIV je aku tengok..sakit apa ko??"

Pada ketika itu ana hanya mampu geleng sahaja..x larat sangat..walaupun geram dia cakap ana kena HIV..kurang asam betul..tapi ana x mampu untuk buat apa2..
Badan rase lemah waktu 2...Lalu sahabat ana sentuh dahi ana..

"La..demam..ko larat x nak turun makan kt DM ( dewan makan...:) )???kalau x larat..aku minta busah form 1 ambil
kan (minta tolong ye..bukan buli..ngee~).."

Ana hanya mengiyakan je setiap kata2 sahabatku ni..Sebagai roomate yang duduk katil bersebelahan dengan ana..Dia memang seorang yang prihatin..Lagi2 dia ni pengawas biro kebajikan..jadi...dia rasa bertanggungjawab atas kebajikan semua pelajar termasuk kesihatan pelajar..

Beberapa minit kemudian, dua pelajar tingkatan 1 datang ke bilik dengan membawa makanan di atas tray dan
minuman dari DM..

"Abang demam ye..ni..abang K minta kami bawa makanan untuk abang..kami pergi dulu..kalau lambat pergi musolla..nan
ti kene denda dengan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani)"
Budak2 Cilik..hihi..:)
Ana tersenyum mendengar ujaran dari mereka..Sejurus mereka keluar..ana cuba untuk menyuapan nasi ke dalam mulut..Tapi...

"wek"

Ana cepat2 ke tong sampah berhampiran dan termuntah di situ..Seorang senior yang nampak ana muntah menghampiri ana lalu mengusap badan ana ni..

"Gaya ko muntah macam ko mengandung je
. Ok x?? Kalau x ok..pergi duduk kat sick bay 2.."

Mata ana tertumpu ke sick bay..Kelihatan beberapa orang pelajar sedang nyenyak diulit mimpi..Walaupun ada hadis dhaif mencatatkan:

“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Ini x bermaksud ana pegang pada hadis dhaif ye..Hurm..Mungkin kesihatan mereka lebih kritikal dari ana dan memerlukan banyak rehat..xpelah..Dengan kekuatan yang ana ada..Ana pergi mandi dan menuju ke musolla..

23 Julai 2oo6, pukul 1500;

Parents ana datang melawat...Waktu ni..demam sudah berkurang..dan seperti biasa kami pergi ke kantin untuk makan bersama..Tiba2..

"Eh mal..kenapa muka dengan leher ada bintik merah?? "

Mama tanya dengan penuh rasa hairan..Ana sebenarnya xperasan ada bintik merah yang tumbuh disekitar muka dan leher ana ni..

"Yela..jom pergi klinik..xpayah minta kebenaran sesiapa"

Lalu..kami masuk ke dalam kereta dan keluar dari sekolah secara haram (huhu) lalu menuju ke klinik
berhampiran..
Sampai sahaja di klinik..ana diarahkan terus masuk ke consult room walaupun ada beberapa patient yang masih setia menunggu giliran untuk berjumpa dengan doctor.
Di dalam bilik..Ana diberikan suntikan antibiotik serta di ambil sampel darah dan air kencing...
Kemudian.....

"Adik..Jangan terkejut..Berdasarkan ujian..Adik disahkan menghidapi Demam Denggi Berdarah..ini sudah berada di tahap yang kritikal..blood platlet adik pun sudah turun
hingga 50..Ni kalau lambat..Innalillah jawabnya..Apapun..saya tulis surat ke hospital..adik mesti kena tahan dalam wad untuk dapatkan treatment.. "
Nyamuk Aedes..(Pesalah + Guilty)
Boleh dia kata kalau lambat Innalillah..Lagi kurang asam dari member kat atas..Apa pun..Ok la..dari kena HIV..hihi..
Naik pening bila ana dengar penjelasan doktor..Abah dan Mama jadi resah..Ana minta dimasukkan ke dalam
Hospital Sg Buloh sebab berdekatan dengan rumah..
Jadi, kami pulang ke asrama..sana naik ke bilik dan packing barang..Abah pergi bertemu dengan warden dan minta kebenaran untuk ana pulang..Mama berjunpa dengan kakngah (1 sekolah dengan die) dan menjelaskan situasi sekarang...
Sebelum keluar dari sekolah..ana sempat pesan kepada kakngah dan warden minta dirahsiakan perkara ini..

pukul 2300;

Ana terpaksa dihantar ke wad kecemasan di hospital lama Sg Buloh untuk melalui beberapa ujian..Di sana ana
dapat lihat ramai manusia berserta pelbagaj jenis penyakit...Ada yang tengah meracau..Ada yang berlumuran dengan darah (mangsa kemalangan)..ngeri..
Selepas mendapat keputusan ujian, ana diusung ke dalam ambulance dan kami menuju ke hospital baru Sg Buloh (padahal jalan kakipun dah boleh sampai..saje nak buat gimik..:p)...
Hospital Sg Buloh
Di sana..ana diarahkan duduk di atas wheelchair dan diusung ke wad ICU..
Kaklong kata dekat sini banyak hantu..so..seram jugak lah waktu 2...Dengan patient dekat sana nampak macam tinggal nyawa2 ikan je...
Waktu 2 ramai yang call ana..tanya khabar...ada juga yang mendoakan..:)
Dan yang paling mengejutkan..mereka yang berada di sekolah buat bacaan Yaasin untuk ana..haha..

Alhamdulillah..selepas seminggu di sana..ana dibenarkan keluar..Ingat nak duduk dekat sana lama2..yela..Hospital baru..Patient x banyak..So..nurse hanya tumpu
pada pesakit yang ada..beri layanan yang sepatutnya..huhu.
Apapun..Syukur sangat2..doctor pun cakap pelik..Sebab..ana berada pada tahap kritikal ketika ini..tapi dapat sembuh dalam masa seminggu je..Semua ini kuasa Allah..Allah telah berfirman dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia""
(Yaasin:82)

Ini sahaja dari ana..Ingat..setiap Allah mampu melakukan apa sahaja diluar jangkaan kita..Jadi..mintalah pertolongannya apabila berdepan sesuatu rintangan...
Juga..bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakannya..Janganlah kita memungkirinya.. Allah juga telah berfirman:

"Maka nikmat Rab (Tuhan) yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?"


Renung-renungkanlah wahai sahabatku sekalian...

No comments:

Post a Comment