Friday, March 4, 2011

sayang die..:)


Salam Alaik kepada semua..
Terkejut ke??haha..rilex dulu...jangan buat tuduhan yang bukan2..
meh ikut dulu cerita di bawah...

"Dia..Bagai seorang pahlawan"

Pukul 4.50 pagi..
Alarm 'Keluangman' x pernah bosan berbunyi untuk mengejutkan pemiliknya di pagi hari..
Mengeliat sat..then pandang sekeliling...sunyi sepi...gelap gelita...
Tiba2..ana terasa sesuatu dekat bahagian kaki..berbulu..

"Apekah??"

Bisik hatiku...dengan berat hatiku aku cube duduk..dan..

"Meow"

Laa....Bambee rupenye..dengan manja die gesel dengan kaki ana..

"Meow"
"Ye..kejap..nak susu ye"

Seusai saje die minum susu..die terus baring..golek sane..golek sini...
Dengan muke yang manja..die jilat bulu2nya...
Fakta: 80% hidup kucing dihabiskan dengan menjilat bulu2nya..
yela..mentang2 bulu die lebat..geram ana tengok...
ni la muka sayangku..comel x??huhu

posing jangan x posing

Dilahirkan pada 2005 di Georgetown, Penang...Die dibesarkan oleh sepupu ana sebelum diberi kepada keluarga ana pada tahun 2006..
Pada tahun 2007..die telah membawa pulang seekor kucing betina (gatal die ni... :p )..dan kami namakannya Bindie Su..dikurniakan dengan 4 ekor anak kucing, kesemuanya mati 3 ekor dihimpap oleh ibunya sendiri (ana xtahu bagaimana boleh terjadi) dan lagi seekor dinamakan Whity telah mati dalam keadaan tragis iaitu digigit anjing.. (kejam..benci anging!!)
Officially, si manja ini sudah berumur 6 tahun dan beratnya mencecah 6kg!!!manakala bininya tidak diketahui umurnya (rase lagi mude) dan beratnya hanya 5kg..

Bambee dan Bindie..:)
Ingatlah wahai kalian..Kucing merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang juga mempunyai haknya tersendiri..
Ingatlah rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan hanya untuk diri kita sahaja..Berikanlah sedikit untuk makhluk Allah yang memerlukannya..
Janganlah berlaku zalim kepada haiwan..sesungguhnya ada beberapa kisah orang yang dibalas oleh Allah kerana menzalimi binatang antaranya dipetik dari hadis sahih,

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya sehingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah"
riwayat Bukhari

Hayatilah hadis di atas...Sesungguhnya mereka juga memiliki perasaan seperti mana kita juga.. Akhir kalam..ana ingin menyampaikan 1 hadis..Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya)
riwayat Bukhari, Ahmad dan ibnu Majah

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

4 comments:

  1. jahat... x bgi org pinjam bambee... huh... x nak tego agy.. x nak kwan agy... (bawak diri msuk reban ayam...) :(

    ReplyDelete
  2. lg comel lagu keluangman tuhh =='
    dgr bukan bangun punn

    ReplyDelete
  3. Faiq..ak bangun la..
    then tutp blik alarm 2..:p

    ReplyDelete