Thursday, December 29, 2011

Awat depa x balik ni?



Diceritakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed bahawa pada zaman pentadbiran khilafah Islam dahulu, terdapat satu gereja yang menghantar mubaligh2 mereka ke serata tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
Setelah menyaksikan pengembangan agama Islam yang semakin meluas di tanah Arab, ketua paderi di gereja itu menghantar seorang mubaligh ke salah sebuah tempat yang berada di bawah naungan kerajaan Islam.

(penyebaran Islam ke seluruh tanah Arab)

Setelah sekian lama mubaligh tersebut tidak pulang ke gereja, ketua paderi berasa pelik dan resah.
Dia menghantar lagi beberapa orang mubaligh ke tempat tersebut namun kesemuanya tidak pulang ke gereja.
Dalam hati ketua paderi tersebut,

"Awat depa x balik ni?"

Kemudian, ketua paderi itu sendiri pergi ke tempat tersebut untuk mencari sebab mengapa mubaligh2 yang dihantar ke sana tidak pulang.
Ketika waktu petang pada hari pertama dia tiba di sana, dia pergi ke kedai makan untuk mengalas perut.

(Dulu ada x nasi arab damsyik ni? :p)

Apabila dia sampai di kedai tersebut, pemiliknya berkata,

"Wahai tuan pengembara, kamu kelihatan baru di sini. Disebabkan kami masih baru, saya memberi kamu makan secara percuma selama tiga hari walaupun saya mempunyai hak untuk mengenakan bayaran kerana kamu orang luar. Anggaplah ini sebagai sedekah saya kepada tuan. Makanlah wahai tuan pengembara."

Hari sudah lewat malam seusai sahaja peristiwa di kedai makan.
Ketua paderi pergi mencari tempat tidur dan ketika dalam proses mencari, dia terserempak dengan seorang pemuda lalu pemuda itu berkata,

"Tuan kelihatan amat letih. Apa kata tuan tidur di rumah saya sahaja sementara tunggu hari esok?"

Ketua paderi bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut lalu mengekori pemuda ke rumahnya.
Lantas pada keesokan harinya, ketua paderi pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan.
Apabila tiba di salah satu gerai di pasar tersebut, pemiliknya berkata,

"Wahai tuan, adakah tuan mahu beli barang di kedai saya? Apa kata tuan beli di gerai sebelah? Barangnya sama dan kualitinya sama. Saya sudah dapat untung untuk hari ini manakala jiran saya belum lagi. Apa kata tuan pergi beli di sana? Jika tuan mahu beli di sini juga tiada masalah. Saya sudah berniat untuk memberikan separuh duit tuan kepada jiran saya."

(Banyaknya buah kat situ...:p)

Lantas ketua paderi tersebut keluar dari gerai tersebut menuju kembali ke gerejanya.
Dia berbisik di dalam hati,

"Walaupun mereka tahu aku datang untuk menyebarkan agama lain, mereka tetap melayan aku dengan baik seperti tetamu mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh pemilik kedai makan, pemuda dan pemilik gerai telah membuatkan aku kagum dengan budi baik mereka. Andai kata aku tingggal sehari lagi, aku mungkin akan memeluk agama Islam"

Itulah dia kisah seorang ketua paderi yang tersentuh dengan budi baik umat Islam.
Harap ketua paderi tersebut memeluk agama Islam.
Seandainya ketua paderi tadi datang kepada kita, adakah kita akan melayannya seperti mana umat Islam pada zaman dahulu melayan ketua paderi tersebut?


Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 26, 2011

Untungnya!

Tajuk post ini tiada kaitan dengan bukit beruntung!

(promosi sat..hehe.. :p )

Ingat tu.Kalau macam tu, apa yang untungnya?Ha....Begini ceritanya,
Seperti pagi2 biasa, ustaz ana memandu dengan tenangnya ke sebuah gerai surat khabar.


(Gambar hiasan semata-mata :p ).

Apabila tiba di gerai, ustaz bertanya kepada penjual surat khabar,"macha, apa berita menarik hari ini?"

Macha membalas, " Aiyoo ustaz, semua surat khabar saya baca berita sama saja, apa lagi kalau bukan politik (cerita ni tiada kaitan dengan politik!) "

Ustaz, "Awak baca semua surat khabar?"

Macha, "Ya ustaz, semua saya baca. Dari dulu lagi saya suka baca. Sampaikan veda dan bible pun saya dah baca."

Ustaz, "Awak baca bible?"

Macha, "Saya dah baca sudah. Ustaz tanyalah apa-apa kandungan dalam Bible semua saya taw. Bukan setakat bible, buku falsafah Lao Tze dan Confucianisme pun saya dah baca. Tapi ustaz ada satu lagi buku saya belum baca."

Ustaz, "Apa bukunya?"

Macha, "Apa lagi kalau bukan buku agama ustaz, Quran. Saya nak sangat baca tapi saya tak reti bahasa arab dan saya bukan Islam. Saya dengar banyak perkara berguna dalam Quran tu."

(Quran itu cahaya yang mengeluarkan kita dari lembah zulmat)

Ustaz, "Semua kandungan Quran meliputi seluruh aspek kehidupan kita semua"

Macha, "Ustaz, awak untung dapat baca Quran hari-hari sebab awak Islam. Saya dengar banyak benda baik dalam Quran tu. Tapi saya pelik kenapa saya tengok remaja melayu kat sini tiada adab. Dia semua tak baca Quran ke?"

(Remaja bakal memimpin negara)

Ustaz, "Itulah bezanya orang mukmin dan muslim. Orang Muslim hanya Islam pada IC tetapi orang Mukmin mengamalkan Islam itu sendiri. Kalau awak mahu baca Quran, bacalah tafsir dahulu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Moga awak dapat banyak faedah daripadanya.
Saya ada kerja ni. Saya minta diri dulu."

Lantas ustaz tersebut berjalan meninggalkan gerai tersebut (ada ceramah dhuha pagi tu)...
Dalam hatinya berdoa agar macha tersebut memeluk Islam...Kita pun mendoakannya..
Insya Allah... ^-^

(Moga doa ustaz dimakbulkan)

p/s: Adakah kita tergolong dalam remaja yang dimaksudkan macha tersebut?

~Fikir-fikirkanlah~