Saturday, March 19, 2011

air mata ulama

Datang seorang remaja Palestin yang belajar di Malaysia bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berkata..*terjemahannya~
peringatan untuk yang lupa

"Ya Sheikh, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil"

Sampai pada ayat tersebut..Tuan Guru meminta remaja tersebut berhenti sambil mengambil tisu..menyeka air matanya yang mengalir...

Ingatlah bahawa seorang ulama boleh menangis apabila ditegur oleh seorang remaja..bagaimana pula dengan kita??

Janganlah kita pandang pada sudut luaran orang memberi teguran..pandanglah pada isi tegurannya...

Dont judge a book by its cover

Kepada mereka yang menerima teguran..Terimalah dengan hati yang terbuka..
Kepada mereka yang lihat seseorang melakukan kemungkaran..Tegurlah..Sesungguhnya Allah telah berfirman:

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran..
(Surah al-Asr:2-3).

Fikir-fikirkan..:)

Wednesday, March 16, 2011

Terima Kasih Guruku



Masih...jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi....
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...




C/O: Terima kasih guru...
Kerana hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...


http://www.free-lyrics.org/19018-Mirwana.html


Guru... ibarat pelita...
Sentiasa menyinar kamar hidupku...
Guru...kau pewaris ilmu...
Mendidik diriku...hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...


C/O:


Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan...
Kan ku petik bintang-bintang...
Ku jadikan hadiah untukmu...
Moga Tuhan merahmatimu...
Terima kasih...

Mirwana: Terima Kasih Guru

Kepada Amir Murshidi..
Thanx kerana sudi meneman ana pergi ke sekolah..untuk melawat and menjenguk cikgu2 dekat sana..
Kepada Guru2ku..
Thanx kerana sudi mengajar diri ini erti kehidupan..Kata2mu bagaikan mutiara di dasar lautan..akan ku pegang hingga ke akhir hayat..:)

Sunday, March 6, 2011

HIV??? benarkah??






Ingat lagi ketika aku tingkatan 2...
21 Julai 2006, Pukul 17oo;

"Mal..macam x bermaya je aku tengok ko ni...muka pucat...badan keding macam kena HIV je aku tengok..sakit apa ko??"

Pada ketika itu ana hanya mampu geleng sahaja..x larat sangat..walaupun geram dia cakap ana kena HIV..kurang asam betul..tapi ana x mampu untuk buat apa2..
Badan rase lemah waktu 2...Lalu sahabat ana sentuh dahi ana..

"La..demam..ko larat x nak turun makan kt DM ( dewan makan...:) )???kalau x larat..aku minta busah form 1 ambil
kan (minta tolong ye..bukan buli..ngee~).."

Ana hanya mengiyakan je setiap kata2 sahabatku ni..Sebagai roomate yang duduk katil bersebelahan dengan ana..Dia memang seorang yang prihatin..Lagi2 dia ni pengawas biro kebajikan..jadi...dia rasa bertanggungjawab atas kebajikan semua pelajar termasuk kesihatan pelajar..

Beberapa minit kemudian, dua pelajar tingkatan 1 datang ke bilik dengan membawa makanan di atas tray dan
minuman dari DM..

"Abang demam ye..ni..abang K minta kami bawa makanan untuk abang..kami pergi dulu..kalau lambat pergi musolla..nan
ti kene denda dengan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani)"
Budak2 Cilik..hihi..:)
Ana tersenyum mendengar ujaran dari mereka..Sejurus mereka keluar..ana cuba untuk menyuapan nasi ke dalam mulut..Tapi...

"wek"

Ana cepat2 ke tong sampah berhampiran dan termuntah di situ..Seorang senior yang nampak ana muntah menghampiri ana lalu mengusap badan ana ni..

"Gaya ko muntah macam ko mengandung je
. Ok x?? Kalau x ok..pergi duduk kat sick bay 2.."

Mata ana tertumpu ke sick bay..Kelihatan beberapa orang pelajar sedang nyenyak diulit mimpi..Walaupun ada hadis dhaif mencatatkan:

“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Ini x bermaksud ana pegang pada hadis dhaif ye..Hurm..Mungkin kesihatan mereka lebih kritikal dari ana dan memerlukan banyak rehat..xpelah..Dengan kekuatan yang ana ada..Ana pergi mandi dan menuju ke musolla..

23 Julai 2oo6, pukul 1500;

Parents ana datang melawat...Waktu ni..demam sudah berkurang..dan seperti biasa kami pergi ke kantin untuk makan bersama..Tiba2..

"Eh mal..kenapa muka dengan leher ada bintik merah?? "

Mama tanya dengan penuh rasa hairan..Ana sebenarnya xperasan ada bintik merah yang tumbuh disekitar muka dan leher ana ni..

"Yela..jom pergi klinik..xpayah minta kebenaran sesiapa"

Lalu..kami masuk ke dalam kereta dan keluar dari sekolah secara haram (huhu) lalu menuju ke klinik
berhampiran..
Sampai sahaja di klinik..ana diarahkan terus masuk ke consult room walaupun ada beberapa patient yang masih setia menunggu giliran untuk berjumpa dengan doctor.
Di dalam bilik..Ana diberikan suntikan antibiotik serta di ambil sampel darah dan air kencing...
Kemudian.....

"Adik..Jangan terkejut..Berdasarkan ujian..Adik disahkan menghidapi Demam Denggi Berdarah..ini sudah berada di tahap yang kritikal..blood platlet adik pun sudah turun
hingga 50..Ni kalau lambat..Innalillah jawabnya..Apapun..saya tulis surat ke hospital..adik mesti kena tahan dalam wad untuk dapatkan treatment.. "
Nyamuk Aedes..(Pesalah + Guilty)
Boleh dia kata kalau lambat Innalillah..Lagi kurang asam dari member kat atas..Apa pun..Ok la..dari kena HIV..hihi..
Naik pening bila ana dengar penjelasan doktor..Abah dan Mama jadi resah..Ana minta dimasukkan ke dalam
Hospital Sg Buloh sebab berdekatan dengan rumah..
Jadi, kami pulang ke asrama..sana naik ke bilik dan packing barang..Abah pergi bertemu dengan warden dan minta kebenaran untuk ana pulang..Mama berjunpa dengan kakngah (1 sekolah dengan die) dan menjelaskan situasi sekarang...
Sebelum keluar dari sekolah..ana sempat pesan kepada kakngah dan warden minta dirahsiakan perkara ini..

pukul 2300;

Ana terpaksa dihantar ke wad kecemasan di hospital lama Sg Buloh untuk melalui beberapa ujian..Di sana ana
dapat lihat ramai manusia berserta pelbagaj jenis penyakit...Ada yang tengah meracau..Ada yang berlumuran dengan darah (mangsa kemalangan)..ngeri..
Selepas mendapat keputusan ujian, ana diusung ke dalam ambulance dan kami menuju ke hospital baru Sg Buloh (padahal jalan kakipun dah boleh sampai..saje nak buat gimik..:p)...
Hospital Sg Buloh
Di sana..ana diarahkan duduk di atas wheelchair dan diusung ke wad ICU..
Kaklong kata dekat sini banyak hantu..so..seram jugak lah waktu 2...Dengan patient dekat sana nampak macam tinggal nyawa2 ikan je...
Waktu 2 ramai yang call ana..tanya khabar...ada juga yang mendoakan..:)
Dan yang paling mengejutkan..mereka yang berada di sekolah buat bacaan Yaasin untuk ana..haha..

Alhamdulillah..selepas seminggu di sana..ana dibenarkan keluar..Ingat nak duduk dekat sana lama2..yela..Hospital baru..Patient x banyak..So..nurse hanya tumpu
pada pesakit yang ada..beri layanan yang sepatutnya..huhu.
Apapun..Syukur sangat2..doctor pun cakap pelik..Sebab..ana berada pada tahap kritikal ketika ini..tapi dapat sembuh dalam masa seminggu je..Semua ini kuasa Allah..Allah telah berfirman dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia""
(Yaasin:82)

Ini sahaja dari ana..Ingat..setiap Allah mampu melakukan apa sahaja diluar jangkaan kita..Jadi..mintalah pertolongannya apabila berdepan sesuatu rintangan...
Juga..bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakannya..Janganlah kita memungkirinya.. Allah juga telah berfirman:

"Maka nikmat Rab (Tuhan) yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?"


Renung-renungkanlah wahai sahabatku sekalian...

Friday, March 4, 2011

sayang die..:)


Salam Alaik kepada semua..
Terkejut ke??haha..rilex dulu...jangan buat tuduhan yang bukan2..
meh ikut dulu cerita di bawah...

"Dia..Bagai seorang pahlawan"

Pukul 4.50 pagi..
Alarm 'Keluangman' x pernah bosan berbunyi untuk mengejutkan pemiliknya di pagi hari..
Mengeliat sat..then pandang sekeliling...sunyi sepi...gelap gelita...
Tiba2..ana terasa sesuatu dekat bahagian kaki..berbulu..

"Apekah??"

Bisik hatiku...dengan berat hatiku aku cube duduk..dan..

"Meow"

Laa....Bambee rupenye..dengan manja die gesel dengan kaki ana..

"Meow"
"Ye..kejap..nak susu ye"

Seusai saje die minum susu..die terus baring..golek sane..golek sini...
Dengan muke yang manja..die jilat bulu2nya...
Fakta: 80% hidup kucing dihabiskan dengan menjilat bulu2nya..
yela..mentang2 bulu die lebat..geram ana tengok...
ni la muka sayangku..comel x??huhu

posing jangan x posing

Dilahirkan pada 2005 di Georgetown, Penang...Die dibesarkan oleh sepupu ana sebelum diberi kepada keluarga ana pada tahun 2006..
Pada tahun 2007..die telah membawa pulang seekor kucing betina (gatal die ni... :p )..dan kami namakannya Bindie Su..dikurniakan dengan 4 ekor anak kucing, kesemuanya mati 3 ekor dihimpap oleh ibunya sendiri (ana xtahu bagaimana boleh terjadi) dan lagi seekor dinamakan Whity telah mati dalam keadaan tragis iaitu digigit anjing.. (kejam..benci anging!!)
Officially, si manja ini sudah berumur 6 tahun dan beratnya mencecah 6kg!!!manakala bininya tidak diketahui umurnya (rase lagi mude) dan beratnya hanya 5kg..

Bambee dan Bindie..:)
Ingatlah wahai kalian..Kucing merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang juga mempunyai haknya tersendiri..
Ingatlah rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan hanya untuk diri kita sahaja..Berikanlah sedikit untuk makhluk Allah yang memerlukannya..
Janganlah berlaku zalim kepada haiwan..sesungguhnya ada beberapa kisah orang yang dibalas oleh Allah kerana menzalimi binatang antaranya dipetik dari hadis sahih,

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya sehingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah"
riwayat Bukhari

Hayatilah hadis di atas...Sesungguhnya mereka juga memiliki perasaan seperti mana kita juga.. Akhir kalam..ana ingin menyampaikan 1 hadis..Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya)
riwayat Bukhari, Ahmad dan ibnu Majah

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Thursday, March 3, 2011

kasih seorang sahabat..:)



Ingat lagi pada waktu itu..
Pada pukul 2050..ana rase ada yang xkena..
Badan rase sejuk je..
Kedengaran suare Izwan mengajak ana buat study group kt LY..
Pada mulenya ingat nk past je offer 2..tapi memandangkan esok ad EPT,ana terime offer tersebut..:)
kami study di sane sehingga lewat malam...
Kami pulang ke bilik tercinta untuk regain energy..yela..esok exam..kalau x..layan movie waktu nie..:)
Mereka2 di bilik sambut kami dengan kate2 *pujian

"pelak sungguh mereka nie..mentang2 da exempted.."

Pada ketika ini..badan aku terasa lemah..kepalaku rase berpusing..nak je hentak kepala ni kat dinding..sakit sangat..
Ana da xtahan lagi...

"Ya Allah..kenape aku diuji pada waktu nie.."

Nak xnak..kena terima bahawa ana diuji dengan demam panas...

"Esok da la nak exam..ap yang patot aku buat??"

Ana cube menjawap persoalan di atas..namun tidak berjaya..buntu..
Ana landing dekat katil yang berdekatan dan berdoa agar sembuh selepas bangkit dari tidur yang lena..
Malangnya..Mata ana x menunjukkan reaksi untuk berehat..segar-bugar walaupown badan amatlah letih..lesu....
Fikiran ana bercelaru..

"x dapat nk tido la pulak da..haih..memang x lepas la jawap EPT esok nie"

Ana hanya mampu berserah saje ketika itu...takut gak kalau kene repeat paper..tapi nak buat macam mane..mane larat nak jawap exam waktu tengah demam panas..x gitu??
Pusing sane..Pusing sini..Golek sane..Golek sini...Macam2 posisi da ana cube tapi masih x bole tido..
kepala maken saket..nak makan panadol..mane ada orang jual malam2 bute ni..
Jadi ana bertekad..dengan segale kudrat yang ada..ana bangun..capai tuala kecik...nak rendam dalam air dan tuam atas dahi..mungkin care nie bole redakan siket demam panas nie..
Waktu ana baru nak keluar bilik..tibe2..

"Mal!!!ke mane ko??"

terkejut dengan sapaan tersebut..ana menjawap dengan nada suare yang lemah..

"nak basahkan towel ni.."

Dengan mukenye yang saspens..die berkate..

"la..ko demam ke??nape x cakap...da2..ko gi tido.."

lantas die menyambar tuale yang ana pegang, ambil sebuah bekas dan beberape botol air dan keluar dari bilik..
Dengan berat hati..ana kembali ke katil(sebenarnye katil die..:P )..
Sejurus kemudian..die balik dengan bekas dan botol yang berisi dengan air..

"Mal..ko baring..meh aku buatkan.."

Dengan lemah lembut..die mengambil tuale yang suda dibasahi air panas..lalu tuam pada dahi ana..
Apabila ana ingin menuam sendiri..die berkate

"ko 2 tengah demam..jangalah degil..biar aku yang buat..lagipun esok da la ko ada exam..x dapat jawap kang..kene repeat..lagi saket..da2..gi tido..biar aku jage ko malam nie.."

terharu bile ana mendengar kate2 die..xsangke die berkate macam 2 sedangkan die ada masalahnye sendiri yang perlu diselesaikan..
Ana bersyukur kerane dikurniakan seorang sahabat yang caring..lebih mementingkan kawan lebih dari diri sendiri..
Alhamdulillah ana dapat tidur selepas itu..dan menjawap EPT dengan agak baik..tengah demam..soalan pon nampak macam 3D..:p

Sahabat yang dimaksudkan ialah roomate ana sendiri iaitu Hamzah Azhan
Dilahirkan pada 4/4/1992..die merupakan seorang yang prihatin terhadap sahabatnya...

Kepada semua..hayatilah sifat sahabat ini...
Ingatlah bahawa Rasulullah telah bersabda,

"Tiada beriman seseorang itu sehingga seseorang itu menyayangi orang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Wednesday, March 2, 2011

inikah dikatakan kasih sayang kepadanya??




Suatu hari Syeikh Muhammad Al-Ghazali solat di Masjid Nabawi dan pergi menziarahi makam Rasulullah S.A.W...
Lalu beliau terlihat seorang pemuda (ana x pasti orangnya sama ada orang Indon or Thai) sedang tidur berdekatan dengan makam Rasulullah lantas bertanya kepada pemuda tersebut:
"Wahai pemuda..mengapa anda tidur di sini dan tidak pulang ke negara anda??"

Pemuda itu menjawab:
"Wahai Syeikh..Aku sudah 2 tahun tidur di sini.. Wahai Syeikh, Aku sangat cintakan Rasulullah sehinggakan aku tidak sanggup untuk tinggalkan tempat ini dan balik ke negara asal ku.. Biarkanlah aku tidur di sini.."

Syeikh Muhammad Al-Ghazali bertanya lagi:
"Bagaimana pula dengan makan dan minum anda??"

Pemuda itu menjawab:
"Cukuplah sekadar sedekah yang diberikan oleh orang ramai kepadaku.."

Apabila Syeikh Muhammad Al-Ghazali dengar jawapan pemuda tersebut, dia berkata:
"Wahai pemuda, jikalau Rasulullah masih hidup, aku pasti baginda akan menyebat kau dan mengarahkan kau pulang ke tanah air..Adakah ini yang kau katakan menunjukkan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah sedangkan umat Islam di negaramu menderita menyebarkan dakwah?? Wahai pemuda..Bangkitlah dan pulanglah ke negara asalmu...Perjuangkan apa yang Rasulullah telah bawa kepada umatnya..Inilah yang dikatakan cinta dan kasih sayang kepadanya..Sebarkanlah dakwah yang diperjuangkan oleh baginda di negaramu..Bukan dengan cara duduk di sini mengharapkan simpati orang lain.."

Lantas Syeikh Muhammad Al-Ghazali meninggalkan pemuda selepas memberikan hujahnya perihal sikap pemuda tersebut...

kepada semua..Syeikh Muhammad Al-Ghazali merupakan anak murid kepada Yusuf al-Qardawi..Hayatilah nasihat beliau kepada pemuda tersebut..
Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

appreciation..:)



to lil caliph:
thanx coz bagi ana bnyk nasihat dalam memblogging ni..
al-maklum..orang baru la katekan..
ada kebenarannye kate2 anti 2...
ana setuju sangat2...
maybe ana kene lakukan perubahan...
lagipun..Dalam Al-Quran da state da...

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah apa apa yand ada pada diri mereka"
QS13:11
kalau anti rase ad kekurangan...tolong beri nasihat lagi..
Insya Allah ana akan cube memperbaiki kekurangan itu..
Sekian..

Warkah dari seseorang yang ingin berubah..:)

rutin harianku..:p



semestinya pagi2 akanku bangun untuk solat subuh..kalau x bangun..alamat kena siram air la jawapannya..:)
then buka fb..tengok ade noti baru ke x..:p
waktu ni juga kalau ada kesempatan akanku bace Quran..(banyak je kesempatan..cume diri ni yang lemah)
kalau rajin pergi la jog sorang2 keliling taman perumahan ni..kalau rajin la..huhu..selalunya x rajin..:p
kemudian akanku tido sat...kalau teringat untuk solat dhuha..akanku tunaikan...
ada la dalam sejam-2 jam tido..ku bangkit kembali n start kemas rumah!!!huhu..memang aku suka kemas umah..yela..sendiri sepahkan..kena kemas..x gitu??
basuh pinggan...sidai baju..sapu rumah..siram bunga..basuh kereta..semua buat waktu ni...
n apabila azan brkumandang..akanku cube memaksa diri ni ke masjid walaupun kat luar panas terik..
kadang2 tertewas juga..tapi abah selalu pesan:
ni baru panas dunia..belum neraka lagi..
kitapun belum tentu lepas dari azab neraka
minta dijauhkan...
dan seterusnye akanku ronda2 ke mane2 tempat inginku pergi dengan menaiki kereta arwah atokku yang tersayang...
selepas penat meronda..balik umah sat..mandi n brfb..:)
solat asar...n keluar untuk pergi beli makan mlm..maklumla..semua orang kerja..akak pula still study..x cuti...
ditambah dengan malas nak masak lagi..nak kata xde masa...ada je mase nak masak..tapi malas...:p
kemudian main dengan bambee ngan bindie (my beloved cat) sebelum mandi n solat maghrib..:)
kalau ada ceramah..stay la dekat masjid 2..kalau x balik rumah sat n makan!!huhu
skali je mkn??2 bergantung pada diri ni..kalau rase nak makan sebelum tu..kite makan..mana x kurus badan ni..;)
n solat isya'..then on9..:)
x habis2 on9..nak buat macam mana..zaman di mane maklumat dihujung jari..untuk up-to-date dengan news..kenala on9 selalu..hihi..
waktu ni la nak chat..update blog..dan juga tengok news..
akhir sekali..bagi makanan kat alley cat..pastikn kucing2 ada dalam rumah..pastikan rumah kunci..
tengok movie sat...n tido!!!:)
kalau ada aktiviti..lain la pula jadualnye..tp 2 cerita lain...abaikan...
ingatlah..
bahawasanya masa tidak menunggu kita..
ibaratkan pedang..
kalau kita x memotongnya..nescaya dia akan memotong kita...
rancanglah masa depan anda dengan sebaiknya..
agar kebahagian dapat dirasai....

Tuesday, March 1, 2011

setelah sekian lama

Assalamualaikum!!

Akhirnye..setelah sekian lmenye..ana telah tamat sem 2!!!
weee~haha..
Selame sem 2 ana x update blog nie..MAAF SGT kpd para follower although xde rmai mne pown..
ap pown syukur sgt2 coz follower2 ana mnx ana update blog nie..
syukran ye sumer..:)
mcm2 ana hadapi wkt sem 2..yela..org sbok la katekn..:p
antare event yg ana involve ialah CAC WEEK, MOCK TRIAL dan AGD LAW..
sbok sgt2 wkt nie..tp rsenye x prlu nk diceritekn blik..bnyk kowt..
n lpas selesai event2 tersebut..tibalah arie yg mndebarkan..
FINAL EXAM HAD ARRIVED!!
sram gler wkt 2..preparation pown ala kadar jew...dgn study last minute..
tmbahan dgn demam lak...jd..xtaw lak result mcm mne..mmg ana reda dgn ap yg akn dberi-Nya
usai sudah final exam bg sem 2...kami sumer pack brg mseng2 utk pulang ke kpg halaman tercinta..sumer x sbr nk blik..stres jwp exam la katekn..
TELAH TIBA CUTI SEM
SEMUA ORANG BERGEMBIRA~
hrp2 sumer dpt abeskan cuti nie dgn aktiviti yg berfaedah..
kpd Almondheads..jgn dok Qada' tido je..klu nk kuar roger2 kt ana ek..
utk cuti nie..ana plan nk improve Arab!!!
preparation utk amek short sem...doakan smoga ana brjaye ek!!!
~Demi masa~
~Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian~