Saturday, January 14, 2012



Diriwayatkan oleh Imam Nawawi bahawa ketika Rasulullah mengadakan majlis Ilmu di masjid, terdapat tiga orang sahabat yang datang lewat ke majlisnya.

**********************************

Apabila sahabat pertama sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa jika dia duduk di belakang, dia tidak akan mendapat ilmu yang disampaikan dan kurang mendapat keberkatan berada di dalam majlis ilmu. Lalu dia melangkah beberapa orang sahabat lalu duduk di hadapan Rasulullah semata-mata untuk mendapatkan Ilmu yang disampaikan, mendapat keberkatan majlis ilmu juga supaya Rasulullah dapat melihatnya.

**********************************

Apabila sahabat kedua sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa dia malu kerana lewat datang ke majlis Ilmu dan jika dia melangkah sahabat yang lain dan duduk di hadapan, sahabat2 lain akan memandangnya bukan memandang Rasulullah dan beranggapan bahawa perkara ini menghina Rasulullah dan menganggu majlis Ilmu tersebut. Lalu dia duduk barisan paling belakang kerana malunya terhadap Rasulullah.

**********************************

Apabila sahabat ketiga sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa memandangkan dia tidak dengar dari awal, dia akan bertanyakan kepada sahabat yang lain perihal majlis ilmu tersebut. Lalu dia berpaling dari majlis itu dan pulang ke rumah.

**********************************

Seusai sahaja majlis ilmu tersebut, tinggallah beberapa orang sahabat yang selalu mendampingi Rasulullah dengan harapan Allah menurunkan wahyu ketika itu. Mereka ingin menjadi orang pertama yang menyampaikan wahyu tersebut kepada sahabat lain kerana mereka pernah dengar Rasulullah bersabda:


"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"


Namun ketika itu, tiada wahyu yang diturunkan. Kemudian Rasulullah bersabda,

"Mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang yang bertiga itu? Yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itudia bersa malu maka Allah juga malu daripadanya dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya"




p/s: Hadirkanlah diri anda ke majlis ilmu kerana ia merupakan salah satu taman-taman syurga kerana Rasulullah pernah bersabda, "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendaklah kamu ikut menikmatinya." Para sahabat bertanya, "Apakah taman-taman syurga itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Perhimpunan-perhimpunan zikir (majlis ilmu)." :
)

~Wallahu alam~

Monday, January 9, 2012

Masihkah kau ingat?



kau ingat lagi ?


5.45am . : " klasik nasional , klasik nasional . segalanya di sini , menggamit memori "

wak JAGA sudah siap2 set radio berbunyi . setengah suku jam , sebelum azan subuh .

exco-exco dan abang-abang sudah tersedia bersenjata di lengan kiri mereka .berbekalkan 'hanger' yang 200g cuma.tetapi mampu menyedarkan ratusan manusia.penuh rakus , gian dan .. ketagih.dan daun pintu diketuk dibeduk . ya , mereka amat bersungguh . mana tidak musalla penuh pagi itu.

amatlah bagus .

[ sewaktu itu . kami sama sama sedari , kami ada amanah kerja sebegini ]

**********************************

seusai solat , menjadi kebiasaan . keperluan untuk bergegas amatlah digaris-tebal-kan .rotan lengkung 6 kerat sudah tersemat sebati di sisi guru disiplin merangkap ketua warden.

si baju biru , menjadi mata-mata hantaran untuk mendisiplinkan pelajar.mereka punyai kuasa untuk bersuara.mereka serkup pelajar 'jahat', mereka yang tiada lencana , tiada tag nama , rambut panjang , berjanggut misai mengurai , yang ponteng kelas , yang escape perhimpunan ... bla ... bla ... bla ... barisan 'hijau soleh' turut ambil peranan , tanggungjawab mereka sedikit 'islamik' , sudah teramat ramai yang diterjah ketika ber'dating' , tidak kurang yang di'cubit' kerana tidak solat di musolla , yang berbahasa kurang elok , buka aurat , balut aurat , tak jaga ikhtilat . semua diberkas dan ditapis penuh hikmat.

**********************************

tepat 4.43pm . : prep tamat

sayup2 azan dari kampung permatang . jentera2 siak , exco dan seangkatan dengannya mara kelas ke kelas , tingkat ke tingkat , bilik ke bilik majalah [ ops , heh ! ] . semuanya dihambat deras ke musolla yang popular itu.baitul ridhwan namanya.

[ perlahan lahan bilik tasneem dikosongkan . bunyi conga , tamborine diperlahankan ]

bilik muazin kini menjadi tumpuan , siapa yang azan kali ini ? kebiasaannya ia kekal misteri.tidak siapa yg mampu ketahui.didepan birai imam , berdiri seorang . segak . mencari cari dengan mata garang.

" ha ! engkau ! azan ! "

begitu rutinnya , pelajar agama mesti biasa dilatih dan terlatih agar menjadi seorang muslim yang berjaya.

**********************************

solat pun sudah setle . abang X , sudah tersedia dengan kitab2 agamanya.buka kitab mendidik warga beragama.tazkirah berjadual sebenarnya . tapi apakan daya , beliau adalah penceramah terkemuka dan hebat pula.jadi , beliaulah yang menjadi 'mangsa'.

" apa kes ni ??? ikhtilat tidak jaga ! lelaki perempuan serupa "

" bukak sana , tayang sini ! "

ada sahaja kes2 terkini , update sungguh . alhamdulillah , sesi itu pelajar2 beragama ini diproses cantik akal mereka.yang sibuk bercouple , sudah punah decekup segala.yang merokok semakin melupus bilangan mereka.

**********************************

6.45pm . : ma'thurat .

abang Z acap kali suaranya men'conquer' suasana . ye lah , sudah itu kerja dia.

tepat 15 minit seblum 7malam , dia sudah tersedia di kaki lima surau bersama siak siak upahan nya.senior2 berwajah bengis mula berbelang rasa. " aku yang tua pun awal ke surau ! "

tenang sahaja adik2 junior . seakan akan mengerti , nasib badanlah apa akan jadi .

abang Z seperti bermonolog sendirian . mahu sahaja dibedul semua yang lewat . mana tidaknya , orangnya sama , denda yang sama . kali ini mahu diberi pengajaran sepanjang hayat gamaknya.

" nampak tiang hujung sana ? nampak tiang penjuru sini ? "

" nampak bang . "

" tahu kan apa nak buat ? "

ya , denda itu semakin mengarut . repekan apakah yang meracuni minda abang Z ketika itu.

denda lewat ke musolla ini berubah ubah . kadang2 lesap 20sen , tekan tubi , jalan itik , berlari setempat , ketuk ketampi , ketingting . oh . semoga ada khasiatnya hukuman sedemikian , semakin tangkas warga2 beragama meluru berpusu ke rumah Allah.

alhamdulillah .

**********************************

7.45pm . : usrah . kultim dan tazkirah

ajk sepatutnya memulakan tugas.teguran teguran ringkas , pengisian beralas. semuanya tampak bahagia.masing2 berebut mencari posisi berkipas-susah-mati[kebanyakan kipas rosak.].

nuqaba' terlatih mula berceloteh . manis gitu bicaranya.

malam minggu seperti biasa . manusia memerlukan isian agama , cikgu R , ustaz S antara penceramah regular semusim usia. [ ya Allah , rindunya suasana begini ^^ ]

qiam , dan pelbagai program disaji 'yang berkuasa' . katanya mahu sekolah ini hidup beragama. bukan sekadar dicoret agama.sedikit demi berdikit , bi'ah mula terdidik .

**********************************

10.45pm . : lay off . light off !

sesudah semuanya kenyang berdinner . arahan demi arahan diulang ulang ulang . agar semuanya bersedia di dorm yang tiadalah cantik mana.bacaan almulk sebentar lagi akan dimula dan qari' berwibawa telah pegun bersimpuh duduk atas kerusi kayu panjang.wak ali tidak henti henti menyakat mereka . menceritakan kisah kisah sama , mengulangkan kaset kaset irama lama.

sesaatnya almulk dilancarkan . sebilangan orang orang besar meronda lintas dorm ke dorm.memastikan semuanya .. gembire.tongkat sakti menjadi pengganti mulut berbicara.sekali diketuk , semuanya terkumit membaca , semuanya tegak mendada.

gedush3 !

exco selayaknya berbicara , " light off ! " sudah tibanya , malam melabuhkan layar cerita .

semuanya disuruh tidur belaka . agar esok senang celik mata

ini jujur . dorm76 adalah paling liat [ hehe ]

" adik ada tenaga lebih x ? abang buzy cket la .. err , boleh ? "

situasi prey and predator diamalkan penuh penghayatan malam itu.tidak hairanlah , ramai A+ semasa peperiksaan pertengahan tahun , mata pelajaran sains tingkatan 1 . wah !

bilik dobi menjadi saksi kediktatoran kuasa kuku besi orang lama di sini . tandas juga penuh dgn si kecil yang kurang mendapat kasih sayang dari orang tua .ops .. dah2 .

malam tamat sehingga itu sahaja [^_^]

tetapi itu kan dahulu ?

adakah abang Z , abang X ,exco2 dan siak mampu mengekalkan begitu dan begini sehingga hari ini ?

" kecelakaan besar , bagi sesiapa yang bercakap tetapi tidak melakukannya "

ya , ayat ini benar2 menghantui bagi sesiapa sahaja yang membacanya .masihkah exco musolla mampu consisten awal ke masjid ? subuh ? argh ! masihkah BADARian , mengekalkan disiplin ilmu dan amal mereka ? atau , adakah lebih teruk ? celaka ! celaka ! celaka !

" eh , itu dulu . kita punyai tanggungjawab . sekarang sudah terputus . kire ok la "

ah .

mana engkau yang dahulu ?

mana pergi tudung itu ?

mana hilang hafalan mu ?

kau sekarang sudah ada pakwe makwa

kau pandai bersolek muka

wahai yang mengaku senior,

ajukan kembali gertakan terhadap junior dahulu kepada kita .

serah kepada : exco exco , BADAR , pengawas dan sesiapa sahaja yg ada name tag agama

p/s : semoga ada yang ambil berat .

posted by Abu Uwais Al-Qarni

http://backspace-uwaistation.blogspot.com


Which One are You?


Once upon a time a daughter complained to her father that her life was miserable and that she didn't know how she was going to make it.

She was tired of fighting and struggling all the time. It seemed just as one problem was solved, another one soon followed.

Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three pots with water and placed each on a high fire.


Chef Donnie Ferneau with his daughter, Vada Ferneau


Once the three pots began to boil, he placed potatoes in one pot, eggs in the second pot and ground coffee beans in the third pot.

He then let them sit and boil, without saying a word to his daughter. The daughter, moaned and impatiently waited, wondering what he was doing.

After twenty minutes he turned off the burners. He took the potatoes out of the pot and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and placed them in a bowl. He then ladled the coffee out and placed it in a cup.

Turning to her, he asked. "Daughter, what do you see?" "Potatoes, eggs and coffee," she hastily replied.

"Look closer", he said, "and touch the potatoes." She did and noted that they were soft.

He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg.

Finally, he asked her to sip the coffee. Its rich aroma brought a smile to her face.

"Father, what does this mean?" she asked.

He then explained that the potatoes, the eggs and coffee beans had each faced the same adversity-the boiling water. However, each one reacted differently. The potato went in strong, hard and unrelenting, but in boiling water, it became soft and weak.

The egg was fragile, with the thin outer shell protecting its liquid interior until it was put in the boiling water. Then the inside of the egg became hard.

However, the ground coffee beans were unique. After they were exposed to the boiling water, they changed the water and created something new.

"Which one are you?" he asked his daughter. "When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a potato, an egg, or a coffee bean?"

In life, things happen around us, things happen to us, but the only thing that truly matters is what happens within us.

Which one are you? When problems come (and they will) how will we react? Will they make us weak, hard hearted or will they cause us to change into something worthwhile?


p/s: thank you to my sister for the story... :)