Wednesday, March 2, 2011

inikah dikatakan kasih sayang kepadanya??




Suatu hari Syeikh Muhammad Al-Ghazali solat di Masjid Nabawi dan pergi menziarahi makam Rasulullah S.A.W...
Lalu beliau terlihat seorang pemuda (ana x pasti orangnya sama ada orang Indon or Thai) sedang tidur berdekatan dengan makam Rasulullah lantas bertanya kepada pemuda tersebut:
"Wahai pemuda..mengapa anda tidur di sini dan tidak pulang ke negara anda??"

Pemuda itu menjawab:
"Wahai Syeikh..Aku sudah 2 tahun tidur di sini.. Wahai Syeikh, Aku sangat cintakan Rasulullah sehinggakan aku tidak sanggup untuk tinggalkan tempat ini dan balik ke negara asal ku.. Biarkanlah aku tidur di sini.."

Syeikh Muhammad Al-Ghazali bertanya lagi:
"Bagaimana pula dengan makan dan minum anda??"

Pemuda itu menjawab:
"Cukuplah sekadar sedekah yang diberikan oleh orang ramai kepadaku.."

Apabila Syeikh Muhammad Al-Ghazali dengar jawapan pemuda tersebut, dia berkata:
"Wahai pemuda, jikalau Rasulullah masih hidup, aku pasti baginda akan menyebat kau dan mengarahkan kau pulang ke tanah air..Adakah ini yang kau katakan menunjukkan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah sedangkan umat Islam di negaramu menderita menyebarkan dakwah?? Wahai pemuda..Bangkitlah dan pulanglah ke negara asalmu...Perjuangkan apa yang Rasulullah telah bawa kepada umatnya..Inilah yang dikatakan cinta dan kasih sayang kepadanya..Sebarkanlah dakwah yang diperjuangkan oleh baginda di negaramu..Bukan dengan cara duduk di sini mengharapkan simpati orang lain.."

Lantas Syeikh Muhammad Al-Ghazali meninggalkan pemuda selepas memberikan hujahnya perihal sikap pemuda tersebut...

kepada semua..Syeikh Muhammad Al-Ghazali merupakan anak murid kepada Yusuf al-Qardawi..Hayatilah nasihat beliau kepada pemuda tersebut..
Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

2 comments:

  1. betul tuh...
    kita ni hidop kene la berusaha...
    sebab tu la islam x galakkan kita meminta sedekah...banyak lagi cara laen ntok kita maju dalam hidup nih..menjatohkan name Islam n jugak negara..Islam suruh berusaha n never loose hope...huhu...congrats bro..1 perkongsian yang baik n bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. haha..thanx sue...
    akn ku cbe pnuhkn blog nie dgn sinar dakwah..:)

    ReplyDelete