Thursday, December 29, 2011

Awat depa x balik ni?



Diceritakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed bahawa pada zaman pentadbiran khilafah Islam dahulu, terdapat satu gereja yang menghantar mubaligh2 mereka ke serata tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
Setelah menyaksikan pengembangan agama Islam yang semakin meluas di tanah Arab, ketua paderi di gereja itu menghantar seorang mubaligh ke salah sebuah tempat yang berada di bawah naungan kerajaan Islam.

(penyebaran Islam ke seluruh tanah Arab)

Setelah sekian lama mubaligh tersebut tidak pulang ke gereja, ketua paderi berasa pelik dan resah.
Dia menghantar lagi beberapa orang mubaligh ke tempat tersebut namun kesemuanya tidak pulang ke gereja.
Dalam hati ketua paderi tersebut,

"Awat depa x balik ni?"

Kemudian, ketua paderi itu sendiri pergi ke tempat tersebut untuk mencari sebab mengapa mubaligh2 yang dihantar ke sana tidak pulang.
Ketika waktu petang pada hari pertama dia tiba di sana, dia pergi ke kedai makan untuk mengalas perut.

(Dulu ada x nasi arab damsyik ni? :p)

Apabila dia sampai di kedai tersebut, pemiliknya berkata,

"Wahai tuan pengembara, kamu kelihatan baru di sini. Disebabkan kami masih baru, saya memberi kamu makan secara percuma selama tiga hari walaupun saya mempunyai hak untuk mengenakan bayaran kerana kamu orang luar. Anggaplah ini sebagai sedekah saya kepada tuan. Makanlah wahai tuan pengembara."

Hari sudah lewat malam seusai sahaja peristiwa di kedai makan.
Ketua paderi pergi mencari tempat tidur dan ketika dalam proses mencari, dia terserempak dengan seorang pemuda lalu pemuda itu berkata,

"Tuan kelihatan amat letih. Apa kata tuan tidur di rumah saya sahaja sementara tunggu hari esok?"

Ketua paderi bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut lalu mengekori pemuda ke rumahnya.
Lantas pada keesokan harinya, ketua paderi pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan.
Apabila tiba di salah satu gerai di pasar tersebut, pemiliknya berkata,

"Wahai tuan, adakah tuan mahu beli barang di kedai saya? Apa kata tuan beli di gerai sebelah? Barangnya sama dan kualitinya sama. Saya sudah dapat untung untuk hari ini manakala jiran saya belum lagi. Apa kata tuan pergi beli di sana? Jika tuan mahu beli di sini juga tiada masalah. Saya sudah berniat untuk memberikan separuh duit tuan kepada jiran saya."

(Banyaknya buah kat situ...:p)

Lantas ketua paderi tersebut keluar dari gerai tersebut menuju kembali ke gerejanya.
Dia berbisik di dalam hati,

"Walaupun mereka tahu aku datang untuk menyebarkan agama lain, mereka tetap melayan aku dengan baik seperti tetamu mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh pemilik kedai makan, pemuda dan pemilik gerai telah membuatkan aku kagum dengan budi baik mereka. Andai kata aku tingggal sehari lagi, aku mungkin akan memeluk agama Islam"

Itulah dia kisah seorang ketua paderi yang tersentuh dengan budi baik umat Islam.
Harap ketua paderi tersebut memeluk agama Islam.
Seandainya ketua paderi tadi datang kepada kita, adakah kita akan melayannya seperti mana umat Islam pada zaman dahulu melayan ketua paderi tersebut?


Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment