Saturday, January 14, 2012



Diriwayatkan oleh Imam Nawawi bahawa ketika Rasulullah mengadakan majlis Ilmu di masjid, terdapat tiga orang sahabat yang datang lewat ke majlisnya.

**********************************

Apabila sahabat pertama sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa jika dia duduk di belakang, dia tidak akan mendapat ilmu yang disampaikan dan kurang mendapat keberkatan berada di dalam majlis ilmu. Lalu dia melangkah beberapa orang sahabat lalu duduk di hadapan Rasulullah semata-mata untuk mendapatkan Ilmu yang disampaikan, mendapat keberkatan majlis ilmu juga supaya Rasulullah dapat melihatnya.

**********************************

Apabila sahabat kedua sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa dia malu kerana lewat datang ke majlis Ilmu dan jika dia melangkah sahabat yang lain dan duduk di hadapan, sahabat2 lain akan memandangnya bukan memandang Rasulullah dan beranggapan bahawa perkara ini menghina Rasulullah dan menganggu majlis Ilmu tersebut. Lalu dia duduk barisan paling belakang kerana malunya terhadap Rasulullah.

**********************************

Apabila sahabat ketiga sedar bahawa dirinya sudah lewat di dalam majlis ilmu, dia berbisik kepada hatinya bahawa memandangkan dia tidak dengar dari awal, dia akan bertanyakan kepada sahabat yang lain perihal majlis ilmu tersebut. Lalu dia berpaling dari majlis itu dan pulang ke rumah.

**********************************

Seusai sahaja majlis ilmu tersebut, tinggallah beberapa orang sahabat yang selalu mendampingi Rasulullah dengan harapan Allah menurunkan wahyu ketika itu. Mereka ingin menjadi orang pertama yang menyampaikan wahyu tersebut kepada sahabat lain kerana mereka pernah dengar Rasulullah bersabda:


"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"


Namun ketika itu, tiada wahyu yang diturunkan. Kemudian Rasulullah bersabda,

"Mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang yang bertiga itu? Yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itudia bersa malu maka Allah juga malu daripadanya dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya"




p/s: Hadirkanlah diri anda ke majlis ilmu kerana ia merupakan salah satu taman-taman syurga kerana Rasulullah pernah bersabda, "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendaklah kamu ikut menikmatinya." Para sahabat bertanya, "Apakah taman-taman syurga itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Perhimpunan-perhimpunan zikir (majlis ilmu)." :
)

~Wallahu alam~

No comments:

Post a Comment